Tawaran Pinjaman

Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang Perubatan dan Pengajian Islam.

Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi

Bidang Pendidikan Islam / Bahasa Arab / Tahfiz Al-Quran

Kelayakan Pemohon Pinjaman

(Bagi penuntut yang sedang menuntut di Universiti seperti di atas dan mempunyai kelayakan juga layak untuk memohon)

Cara Memohon
Permohonan dibuka selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan dan akan ditutup 3 minggu selepas tarikh permohonan dibuka.

Borang permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan boleh didapati di pejabat YINK sama ada datang sendiri atau membuat permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 25 sm x 33 sm beserta setem RM 0.60.

Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan beserta dokumen kelahiran pelajar dan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan kedua ibubapa yang telah disahkan.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila berhubung terus ke :

Yayasan Islam Negeri Kedah
No. 56A, Jalan Teluk Wanjah
05200 Alor Setar
Tel: 04-7302703
U.P. Encik Zamri bin Hasim